SYARAT KEAHLIAN

1. KRITERIA KEAHLIAN PERTUBUHAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

A. AHLI BIASA
i) Kewarganegaraan : Malaysia
ii) Umur Minima : 20 tahun.
iii) Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli: Malaysia
iv) Keturunan/ Bangsa : Semua
v) Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi) Agama :Bebas/Terbuka
vii) Kriteria Keahlian Yang Lain :Bekas Tentera Kor Kesihatan/Kor Kesihatan DiRaja sama ada Pegawai atau pun Lain-lain Pangkat

B. AHLI BERSEKUTU
(i) Dianggotai oleh isteri dan anak-anak Bekas Tentera yang berumur 18 tahun ke atas.
(ii) Dianggotai oleh orang awam yang bekerja di dalam Kor Kesihatan Angkatan Tentera

C. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi seumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

D. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

E. AHLI REMAJA
Tiada.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

3.Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.

4.Sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan, sila layari laman web kami di www.veterankorkesihatan.org.my ataupun e-melkan ke: admin@veterankorkesihatan.org.my/pvkkdrm@gmail.com