Matlamat Penubuhan
- Mengumpulkan dan mengeratkan hubungan silaturahim ahli iaitu bekas Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga.
- Menjadi sebuah platform bagi menyatupadukan anggota bekas Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia.
- Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbang ke arah kemajuan negara.
- Menjadi sebuah platform yang menyalurkan permasalahan ahli kepada pihak yang berwajib dan terlibat dan juga agensi-agensi lain yang berkaitan dengan veteran.
- Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan kepada veteran dan juga keluarga bekas anggota Kor Kesihatan yang tidak berkemampuan.
|
|